KUALA LUMPUR – Kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad mencapai matlamatnya menjadikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pengganti UMNO punca ‘kemarahannya’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penganalisis politik, Prof. Dr Ahmad Martadha berkata, hasrat Mahathir tidak kesampaian apabila Bersatu yang terdiri daripada kumpulan Muhyiddin membuat keputusan keluar Pakatan Harapan (PH) seterusnya bekerjasama dengan UMNO.
“Sekarang ini bagi saya beliau dengan Muhyiddin itu tidak dikatakan marah sangat, tidak tapi marah bukan kerana Tan Sri Muhyiddin jadi PM tapi kerana Muhyiddin bekerjasama dengan UMNO.
“Sebab itu, kalau kita tengok dulu, awal-awal dulu Tun mahu supaya wakil rakyat UMNO masuk Bersatu. Beliau mahu Bersatu alternatif menggantikan UMNO menjadi parti tunjang Melayu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Keinginan Mahathir yang tinggi mahu menggantikan UMNO dengan Bersatu kata Martadha lagi, selepas melihat PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara tidak boleh menjadi wakil kepada orang Melayu.
Namun akhirnya tindakan Bersatu yang bersama-sama Perikatan Nasional (PN) mengakibatkan pengundi Melayu untuk PH sudah pastinya semakin berkurangan seterusnya menyukarkan parti itu untuk memenangi pilihan raya.
“Apabila Bersatu tidak lagi bersama PH, maka sudah tentulah ia menyukarkan untuk PH mendapat sokongan semula Melayu di kawasan-kawasan di mana sebelum ini kerusi itu dimenangi kerana perpecahan orang Melayu itu sendiri.
“Pertembungan tiga penjuru yang sebelum ini berlaku di antara UMNO, Pas, dan wakil PH sama ada Bersatu, Amanah (Parti Amanah Negara) atau PKR.
“Apabila ketiga-tiga parti yang mewakili Melayu bergabung sudah tentulah kecenderungan pengundi memihak kepada tiga-tiga parti ini atas dasar Perikatan Nasional,” tambahya.
Justeru itulah Martadha membuat kesimpulan Mahathir berpendirian pilihan raya tidak diadakan pada waktu ini selain prihatin terhadap pandemik Covid-19.
Menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang mementingkan karakter, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang  memperjuangkan kesaksamaan rakyat juga dilihat sebagai faktor mengapa bekas Perdana Menteri itu tidak bersedia memberi ruang kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi penggantinya.
“Beliau bukan tidak mahu Anwar tetapi lebih kepada Anwar tidak sesuai kerana mewakili parti yang bukan menjaga kepentingan Melayu. Anwar kebelakangan ini selepas 2018 lebih memperjuangkan isu kesaksamaan rakyat bukan Melayu bukan kepentingan Melayu.
“Tun Mahathir sebagai pejuang Melayu. Sebab itu dia tidak merasakan Anwar sesuai memerintah bagi mewakili Melayu,” tambah beliau.-MalaysiaGazette
Als kesiannya. Kalau gagal nak buat apa sepatutnya. Kurung firi dxlsm bilik tapi jangan sampai gantung diri. Tak elok tu.
Hatok Ni…. Pale mereng dah.. dia kemaruk nak gantikan Umno tapi dia nyanyuk ke atau dia tidak tahu atau dia “keliru”? Baru 22 bulan kes uncle Eng+Tomy Thomos kawtim “bebaskan” kleptokrasi, sprm jumpa duit haram mungkin dicuri duit rakyat “berguni-guni” oleh pemuda carmada.. Jangan keliru macam Babi bertanduk Hatok Deq, la ni.. rakyat sibuk meraikan “pengantian” hatoq.. sesape yang rapat dengannya harap forwardkan komen Ni ke dia..
Tun Mahadet pejuang melayu???
org tua gila nie da byk sgt menyusahkan org,
anak beranak semua billionaire,
dia pejuang anak beranak ngan kroni2 je
“org melayu kan pemalas “