Home Nasional Dua suspek Amerika Latin cuba pecah rumah tak kesampaian

Dua suspek Amerika Latin cuba pecah rumah tak kesampaian

Salah seorang dua suspek disyaki warga Amerika Latin yang dicekup polis ketiga cubaan pecah rumah secara mencurigakan di kawasan perumahan THe Strand Kota Damansara semalam.

KUALA LUMPUR – Tindakan empat suspek warga asing disyaki Amerika Latin yang cuba melakukan perbuatan pecah rumah berjaya dipatahkan pihak polis apabila dua daripadanya berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semasa kejadian, anggota polis peronda bermotosikal mengejar saspek yang dikatakan berlegar-legar di kawasan perumahan.

Katanya, pada pagi Sabtu semalam, polis ronda cegah jenayah bermotosikal Petaling Jaya sedang melakukan rondaan di kawasan The Strand, Kota Damansara.

“Ketika itu polis melihat sebuah kereta Honda City dalam keadaan mencurigakan tetapi semasa proses pemeriksaan hendak dilaksanakan, kenderaan dinaiki empat suspek warga asing telah cuba melarikan diri dengan cubaan merempuh anggota polis terbabit yang memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan di tayar depan dan belakang kereta suspek.

rampasan beberapa barang berjenama daripada dua suspek disyaki warga Amerika Latin yang dicekup polis ketiga cubaan pecah rumah secara mencurigakan di kawasan perumahan THe Strand Kota Damansara semalam.

“Kenderaan suspek juga merempuh beberapa kenderaan lain ketika cuba meloloskan diri sebelum berjaya melepaskan diri ke arah Persiaran Surian, Kota Damansara.

“Anggota RCJ bermotosikal terus mengehar dan pada masa yang sama rondaan Aberden MPV yang berada di lokasi berdekatan kejadian turut membantu mengesan suspek sehingga ke kawasan flat Gugusan Dedap Kota Damansara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akhirnya polis berjaya menahan dua daripada empat suspek yang telah melarikan diri manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

Menurut Nik Ezanee ketika tangkapan ke atas dua suspek itu, kedua-dua warga asing itu bertindak agresif dan tidak mahu bekerjasama.

“Polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum untuk menahan kesemua mereka dan susulan tangkapan itu, suspek pertama telah membawa polis ke sebuah rumag di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan di rumah suspek itu polis berjaya menemui pelbagai barangan untuk dirampas iaitu sekeping pasport Amerika Syarikat disyaki milik salah seorang suspek, lesen memandu negara Puerto Rico dan lesen memandu antarabangsa.

Salah seorang dua suspek disyaki warga Amerika Latin yang dicekup polis ketiga cubaan pecah rumah secara mencurigakan di kawasan perumahan THe Strand Kota Damansara semalam.

“Kedua-duanya telah direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 180 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen1959/63,” tegasnya.

Dalam rampasan sama polis juga memperoleh barang lain seperti sekeping resit kiriman wang atas nama Mark Echeverri, lima buah beg tangan berjenama Gucci,Chanel, Louis Vuitton, Chanel warna Hitam, dan Bvlgari; dua utas tali pinggang, sepasang sarung tangan hitam, seunit kanta pembesar, seunit pengepit diamond Tweezer.

“Malah polis turut merampas sepasang kasut berjenama Nike warna putih, seutas jam tangan jenama S.G Dupont Paris, seutas jam tangan Gucci warna silver dan tiga keping kad sim serta wang tunai RM1 sebanyak 167 keping,” tegasnya.-MalaysiaGazette