KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan berkaitan pelantikan seorang pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang dilantik sebagai pegawai khas kepada Menteri Dalam Negeri.
Pejabat Menteri Dalam Negeri menegaskan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang masih berdegil menyebarkan berita palsu tersebut.
“Dalam hal ini, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyelar penyebaran berita palsu tersebut dan Kementerian Dalam Negeri akan terus fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, terutamanya dalam menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri Sayed Amir Muzzakkar Al Sayed Mohamad.
Berdasarkan carian MalaysiaGazette menerusi Facebook, akaun Perikatan Nasional Fans pada 3 Jun lalu menerusi satu hantaran mengatakan Wan Mohd Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO dilantik sebagai pegawai khasi KDN.
Ia dimuatnaik di media sosial atas nama Perikatan Nasional Fans.
“Sebagai bekas anggota polis berpangkat koperal di PDRM (Polis Diraja Malaysia ) dahulu pasti banyak pengalaman oleh beliau kongsikan bagi memantapkan lagi pentadbiran di KDN. Selamat menjalankan tugas,” kata Perikatan Nasional Fans.-MalaysiaGazette
Saya sokong kalau Wan Mohd Azri bertanding pru15 di wangsa maju atau Batu. Biar rakyat pilih jadi kurang isu politik.
Kalau dilantik sekali pun tidak mengapa, undang2 membenarkannya!
Wan Azri (Papagomo) adalah rakyat dan warga negara sah Malaysia. Kenapa pula mesti ada halangan dia menjadi calun PR atau dilantik sebagai kakitangan kerajaan? Sedangkan masa PH mentadbir boleh pulak orang luar dan orang yang berstatus liabiliti dilantik dan diberikan jawatan penting dalam kerajaan mau pun menteri. Sebagai warga negara sah Malaysia, wan Azri ada hak.