Beberapa jenis sukan dan rekreasi akan mula diberi kebenaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula Rabu ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, antara yang dibenarkan adalah latihan persediaan pasukan dan aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah dan sebagainya.
Malah aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan di bawah PKPP.
Bagaimanapun. menurut Muhyiddin, pertandingan sukan atau permainan melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium masih tidak dibenarkan.