Home Uncategorized RM600,000 disita SPRM untuk bantuan Covid-19, ramadan dan hari raya –...

RM600,000 disita SPRM untuk bantuan Covid-19, ramadan dan hari raya – Armada

Armada

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada wang RM600,000 yang ditemui dan disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediaman dua anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu adalah untuk bantuan Covid-19.

Armada dalam kenyataannya berkata, wang tersebut juga untuk bantuan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Hal ini adalah kerana ketidaktentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari,” katanya.

Kenyataan Armada itu menyusul selepas SPRM mendedahkan telah merampas RM600,000 dari dua ahli Armada yang telah disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

Syed Saddiq merupakan Ketua Armada.

Artikel berkaitan: SPRM rampas RM600,000 dari rumah 2 ahli Armada

Mengulas lanjut, Armada berkata, fasa pertama bantunan makanan telah diedarkan ke seluruh negara pada bulan Ramadan dan bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang telah dilakukan oleh parti Bersatu di peringkat Pusat,” kata kenyataan itu lagi.

Artikel berkaitan: Kes kehilangan wang Syed Saddiq : Pemimpin Armada ditahan – SPRM

Armada Bersatu, katanya, mengambil maklum mengenai kenyataan SPRM dan setegas-tegasnya tidak menyokong sebarang penyelewengan wang dan mengalu-alukan siasatan dijalankan dengan adil.

“Armada Bersatu Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat perkara ini selagi mengikuti garis panduan dan prosedur yang betul.

“Kami sentiasa berpegang pada prinsip berani kerana benar,” katanya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Baru setahun jagung masuk politik dah pandai mencuri menipu dan klepet duit. Belajar dati atok TM ke.?

  2. Bukan kah dalam perlembagaan Bersatu kata sumbangan dan semua hasil kewangan disimpan dalam akaun parti dan diuruskan oleh Bendahari Agung? Malahan Fasal 24 Perlembagaan Parti tetapkan Bendahari cuma boleh simpan belanja runcit tidak lebih 50 ribu cash? Tu pun hendaklah disimpan di Pejabat Berdaftar? Laaa ni Armada simpan 600 ribu cash…lepas tu siap simpan kat rumah lagi? apa cerita? Bangang punya Armada sama mcm ketua ko tu..nak menipu dan merompak pun bodoh! tak payah bagi alasan merepek lah..jijik!

Comments are closed.