TEHRAN – Iran bersedia untuk melakukan pertukaran tahanan seterusnya dengan Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Abbas Mousavi.
Michael White, seorang veteran Tentera Laut AS. yang ditahan di Iran sejak 2018, dibebaskan pada hari Khamis lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian selepas AS membenarkan doktor Iran-Amerika, Majid Taheri mengunjungi Iran – satu kerjasama A.S.-Iran yang jarang berlaku.
Pembebasan White dilakukan dua hari selepas AS mengusir Sirous Asgari, seorang profesor Iran yang dipenjarakan di negara itu walaupun telah menghadapi pertuduhan mencuri rahsia perdagangan.
”Jika ada kemungkinan pertukaran tahanan, kami bersedia untuk membebaskan beberapa individu yang dipenjarakan dan mengembalikan mereka ke negara tersebut,” kata Mousavi. – MalaysiaGazette