Home Politik UMNO tak perlu terlibat permainan nombor

UMNO tak perlu terlibat permainan nombor

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – UMNO diingatkan agar tidak meniru perangai pemimpin-pemimpin yang mengejar ‘nombor’ untuk menjadi parti majoriti.

Ia kerana, rakyat pening dan kelam kabut dengan permainan beli nombor ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, permainan nombor  menjadikan situasi kelam-kabut yang amat dahsyat kerana kaedah baharu ini mudah  mengubah kerajaan tanpa perlu menunggu Pilihan Raya Umum (PRU).

”Difahamkan ada persefahaman, jika Tun M dapat nombor supaya PH (Pakatan Pembangkang) kembali majoriti maka dialah yang akan diterima sebagai PM ke-9.

”Sebaliknya jika Anwar yang dapatkan nombor majoriti itu untuk PH, maka dia jadi PM (Perdana Menteri),” katanya.

Bagaimanapun berbeza dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa berusaha membeli Ahli-Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tinggalkan Anwar dan masuk Bersatu atau sokong PN (Perikatan Nasional).

Puad mendakwa sebagai ganjaran, Azmin boleh menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

”Video Muhyiddin untuk beli MP UMNO melalui tawaran jawatan Menteri dan GLC juga tular.

”Rakyat pening dengan game beli nombor ini. Rakyat yang kelam kabut,” ujarnya.

Puad menegaskan, walaupun seramai 14 Ahli Parlimen UMNO sudah dibeli dan masuk Parti Pribimi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO perlu kekal sebagai parti akar umbi dan tidak perlu kelam-kabut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nuar boleh sebab dia rapat dengan magnum da ma cai jack pot dan banyak lagi. Sume tu perlu nombor. UMNO dan PAS tak main nombor. Dosa dan haram. PKR PAN boleh. DAP halal.

Comments are closed.