TERKINI : ‘COVID-19’ Hanya 7 Kes Baharu, Tiada Kes Kematian Hari Ini – Noor Hisham

PUTRAJAYA – Akhirnya perkembangan kes Covid-19 di negara ini berjaya mencatatkan angka satu digit juga apabila sebanyak hanya 7 kes positif baharu direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 8,329 kes.

Katanya, hari ini terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,694 kes (80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).