Home Nasional Sempat lawat rumah anak sebelum mati terjun tingkat 15

Sempat lawat rumah anak sebelum mati terjun tingkat 15

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas yang pergi ke sebuah kondominium untuk melawat anak lelaki sulungnya menemui ajal dalam keadaan tragis apabila dipercayai mati selepas terjun daripada tingkat 15 di kondominium itu di Jalan Ipoh pagi tadi.

Kejadian disahkan polis berlaku antara 11.30 hingga 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan insiden pada 11.45 pagi yang memaklumkan ada orang terjun bangunan di tempat letak kereta Aras 3, Kondominium Pelangi Indah di sini.

“Pada jam 11.55 pagi tadi anggota polis telah sampai di lokasi dan menemui mayat wanita warga emas dalam keadaan terlentang dan kepalanya pecah di parkir aras tiga kondominium tersebut.

“Pada 12.45 tengahari tadi, penolong pegawai perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah sampai di lokasi sebelum melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia,’ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Shanmugamoorthy, beberapa barang-barang milik mangsa telah dijumpai di koridor hadapan sebuah rumah di tingkat yang sama.

Justeru katanya, hasil siasatan awal polis mendapai mangsa berumur 75 tahun dan tinggal bersama dengan anak lelakinya di Taman Daya Kepong.

“Si mati difahamkan telah datang ke Kondominium Pelangi Indah yang mana terletaknya rumah anak lelaki sulungnya di Tingkat 15 namun demikian rumah anak lelaki sulungnya telah tiada orang pada masa kehadiran warga emas itu.

“Tiada saksi yang telah melihat kejadian dan setakat ini tiada sebarang unsur salahlaku jenayah dikesan pada mangsa. Siasatan di teruskan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala mayat telah dihantar ke HKL untuk tindakan bedah siasat,” tegasnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.