KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama lima lagi bekas pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfailkan tuntutan membatalkan pemecatannya oleh presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain bekas Perdana Menteri itu, anaknya Datuk Seri Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Marzuki Yahya.
Selain menamakan Muhyiddin, mereka juga menamakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan dalam tindakan sivil berkenaan.
Mereka diwakili peguam Haniff Khatri Abdullah dan penyata tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam sau kenyataan, mereka mendakwa keputusan memberhentikan keahlian mereka tidak sah kerana Suhaimi tiada kuasa dan jawatannya tidak diiktiraf parti.
“Pemberhentian kami atas alasan kami mengingkari parti dengan duduk di blok pembangkang dalam Dewan Rakyat.
“Tidak betul untuk menggunakan Artikel 10.2.2 atau 10.2.3 perlembagaan PPBM terhadap kami kerana kedua-dua peruntukan itu menyatakan ahli yang menyertai parti politik lain atau meletak jawatan dari PPBM akan terhenti keahlian mereka,” kata mereka.
Mereka juga mendakwa tidak meninggalkan Bersatu.
Muhyiddin juga didakwa menggunakan kuasanya
“secara salah” dalam mengumumkan beliau ialah pemangku pengerusi pada 28 Februari lalu.
“Beliau kemudiannya membuat pengumuman untuk PPBM meninggalkan Pakatan Harapan berdasarkan keputusan pada 24 Feb oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
“Kami berhujah tiada keputusan dibuat ahli MPT untuk tujuan itu,” kata kenyataan itu.
Mereka berkata, mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu diadakan pada 25 Februari memutuskan Mahathir kekal sebagai pengerusi namun Muhyiddin tampil dengan kenyataan pada 28 Februari mengumumkan beliau ialah pemangku pengerusi dan ini bertentangan keputusan MPT.
Mereka mendakwa Muhyiddin melakukan “penstrukturan semula” jawatan dalam MPT dan “mengenepikan atau memansuhkan” penglibatan beberapa individu yang tidak menyokong kepimpinan Muhyiddin.
“Kami akan mengemukakan bukti untuk menyokong tuntutan ini,” kata mereka.
Selain mengembalikan keahlian, mereka memohon untuk membatalkan keahlian Muhyiddin, Hamzah dan Suhaimi atas alasan mereka menyertai Perikatan Nasional.- MalaysiaGazette
helloooi atok..buka ker ko yg letak jawatan PM dan Pengerusi Bersatu?? Ko ni nyanyuk dah laaa
Atuk cakap itu bukan dia, cuma muka macam dia, cakap macam dia… Tapi bukan dia.
Orang dah nak meluat nak tfngok muka kau si tua kutuk. Nuar pun tak nak tengok muka kau. Elok kau kens sumpah jadi katak puru.
Macam menarik je, tengoklah nanti macam mana, difahamkan PM punyai kuasa untuk bubarkan perlimen, sama2 tunggu?
MN & MP2 yang menyokong PM Din Pagoh diminta bersiap siaga!
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan lima yang lain memfailkan saman terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti itu pada dua minggu lepas.
Alahai Atok dahulu FITNAH macam2 kepada Najib, sekarang mahu SAMAN Din Pahoh pula!
Kemarok dan MEROYAN betul orang tua ni mahukan jawatan PM!!!