Home Politik Anwar pertikai Muhyiddin sogok jawatan GLC kepada ahli Parlimen

Anwar pertikai Muhyiddin sogok jawatan GLC kepada ahli Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli-ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah langkah kebelakang.

Ia juga bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan jabatan-jabatan ini bebas dari cengkaman dan pengaruh politik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seperti yang didedahkan dalam satu audio yang tular baru-baru ini, Muhyiddin sememangnya berhasrat untuk membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui ‘scheme of things’. Sehingga hari ini beliau masih belum memberikan apa-apa respon terkait ini. Di dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai ‘deafening silence’,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya malam ini.

Beliau mengulas perkara itu sempena 100 hari kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin yang didakwanya terbina atas babak pengkhianatan sesetengah pemimpin politik terhadap mandat rakyat.

Anwar juga mempersoalkan ikrar Muhyiddin kepada rakyat Malaysia agar ahli-ahli Kabinet akan melakukan pengisytiharan harta sebagai komitmen kepada kebertanggungjawaban dan akauntabililiti.

“Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan hari ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan,” katanya.

Perkembangan kes-kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Riza Aziz dan yang terbaru Tan Sri Musa Aman juga didakwanya memberi gambaran jelas kepada orang ramai bahawa akan ada ramai lagi jerung lain yang akan dibebas dan dilepaskan.

“Apakah cukup dan munasabah dengan penjelasan yang diberikan?
Kerajaan hari ini seolah-olah berusaha keras untuk membalikkan usaha Pakatan Harapan memperbaiki Malaysia di mata dunia. Transparency International Corruption Perception Index meletakkan Malaysia di tangga 51 pada tahun 2019 berbanding 61 pada tahun 2018. Apakah tahun 2020 akan tenat berbanding tahun-tahun sebelum ini?” soalnya.

Muhyiddin juga, katanya, telah melakukan beberapa pengumuman terkait Covid-19 yang melibatkan berbilion ringgit tanpa diimbangi Parlimen.

“Telah saya suarakan dalam pelbagai medium bahawa kerajaan mesti membentangkannya di Parlimen agar perincian dapat dipastikan, dan apa yang mustahak adalah untuk mengelak kebocoran dan ketirisan dari berlaku dan seterusnya menafikan hak kumpulan sasar.

“Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, termasuk jiran kita Singapura meluluskan pakej rangsangan melalui badan Parlimen atau Kongres. Apa yang menghalang Perdana Menteri dari mengambil contoh dan teladan yang sama? Legasi jenis apakah yang Perdana Menteri dan kerajaan hari ini akan tinggalkan kepada generasi akan datang?” soal Anwar.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Hoi Nuar..ko tak nak tanya DAP kenapa dia lantik ahli parlimen DAP utk semua jawatan GLC di Penang? Ko tak nak tanya DAP kenapa ahli2 parlimen DAP dilantik pengerusi Suruhanjaya pelabuhan seluruh Malaysia?? Ko ingat rakyat buta kah? Ko ni dah kena bodoh dgn Medey ko nak bodoh kan rakyat Malaysia plak yer??? sampai mampus lah ko jd PM ikat tepi!

  2. Dengan adanya ahli Parlimen dalam GLC kerajaan sekurangan-kurangnya GLC kerajaan jangan sewenang-wenangnya nak untung sahaja, bagilah juga bantuan kepada rakyat. Harap TNB kaji semula pengiraan bil caj tarif terkumpul, biasa tidak pernah pun caj tarif melebihi yang kena selepas pkp ini. Nasib baik PM umum 3 bulan pkp sahaja, kalau setahun rasanya akan jadi maksimum caj tarif elektrik, lagi berpuluh ribu ringgit kena. Jangan kerana kegilaan bil, rakyat ubah kerajaan.

  3. Kan TSMY pm skg itu hak dia nak lantik sesiape pon, Abg Non klu jadi PM pon akan buat yg same kot? Tpi alah hai dah dua kali nampak akan terlepas jugal. Siannye patut bersyukur, kan madey dah bgi wan zizah jwtan tim.PM ari tu. Tak kan madey nak u jadi PM pulak, ramai lgi yg layak.

  4. Sesiapa sahaja yang jadi perdana menteri akan lakukan hal yang samam TSMY jaug lebih baik dari TUN M kerana masih ada orang pantikan PH yang masih dikekalkan. Contohnya YDP dan TYDP DEWSN RAKYAT. Masih lagi orang daripada PH. Takde masalah pun

Comments are closed.