KUALA LUMPUR – Prosedur Operasi Standard (SOP) ibadah korbanĀ bagi sambutan Aidiladha dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijangka dibentangkan dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri berkata, pihaknya telah selesai membentuk SOP sejak Selasa lalu dan memasukkannya ke Fatwa Majlis Kebangsaan.
Nemun beliau tidak menolak kemungkinan penambahbaikan perlu dilakukan berdasarkan resolusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
“SOP kita telah bina dan sejujurnya pada hari Selasa baru-baru ini. Kita telah masukkan dalam Fatwa Majlis Kebangsaan. Wakil penyelidik kami ada dan tengok bersama-sama mungkin kita akan tambah baik dan Insyallah selepas itu kita akan buat resolusi dan mungkin dalam seminggu atau dua minggu lagi untuk bentangkan SOP akhir berkenaan pengunaan sangkar dan juga ibadah korban ketika PKPP,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Demosntrasi Inovasi Penyembelihan Lembu Menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Ali cetusan Akar Umbi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).Dalam tempoh PKPP, sambutan perayaan Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban dibenarkan namun ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam. – MalaysiaGazette