Home Dunia India tolak permohonan visa panel kebebasan beragama AS

India tolak permohonan visa panel kebebasan beragama AS

NEW DELHI – India menolak permohonan perjalanan ahli panel kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengkaji semula kebebasan beragama di negara itu dengan berkata agensi asing seperti itu tidak mempunyai pendirian untuk menilai hak rakyatnya.

Sejak mengambilalih kuasa pada 2014, kerajaan India berhadapan kritikan kerana menyerang Muslin dan panel itu menggesa negara demokrasi terbesar dunia itu diangkat sebagai ‘negara yang menjadi perhatian khusus’ di samping China, Iran, Rusia dan Syria.

Gesaan oleh Suruhanjaya AS mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa (US Commission on International Religious Freedom – USCIRF) dilakukan pada laporan yang diterbitkan pada April lalu yang meminta sekatan terhadap para pegawai kerajaan Perdana Menteri, Narendra Modi dikenakan selepas ia mengecualikan monotriti Muslim daripada undang-undang warga negara yang baharu.

Menteri Luar, Subrahmanyam Jaishankar berkata, India menyangkal kaji selidik yang dilakukan suruhanjaya itu yang mana ia mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang hak asasi warga India dan menyifatkannya sebagai bias dan prejudis, lapor Reuters.

“Kami juga menolak (pengeluaran) visa kepada pasukan USCIRF yang dipohon untuk melawat India berhubung isu berkaitan kebebasan beragama,” katanya kepada seorang Ahli Parlimen kumpulan parti memerintah dalam surat bertarikh 1 Jun lalu.

Langkah tersebugt diambil kerana kerajaan itu melihat tiada asas untuk entiti asing seperti USCURF mengumumkan hak perlindungan warga India, tambah beliau.
Reuters telah menerima salinan surat yang dihantar kepada Nishikant Dubey, seorang Ahli Parlimen yang mengajukan isu laporan panel itu di Parlimen.

Suruhanjaya tersebut merupakan badan penasihat kerajaan AS yang memantau kebebasan beragama di luar negara dan mengsyorkan dasar kepada Presiden, Setiausaha Negara dan Kongres.

India tidak menerima sebarang campur tangan negara luar berkaitan kedaulatannya, tambah Jaishankar. – Agensi