TERKINI : 31 Kes Baharu Covid19 Yang Dilaporkan Hari Ini – Dr Noor Hisham

Terdapat pertambahan kes positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan jumlah kes baharu sebanyak 31.

Ketua Pengarah Kesihata, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia iaitu 8,369 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,186 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.