Home Sukan Wan-Bissaka bakal jadi pemain terbaik dunia

Wan-Bissaka bakal jadi pemain terbaik dunia

Aaron Wan-Bissaka.

LONDON – Bekas pemain Leicester City, Danny Simpson percaya pemain bek kiri Manchester United, Aaron Wan-Bissaka bakal menjadi antara pemain terbaik di dunia pada masa akan datang.

Menurut Simpson, Wan-Bissaka yang dibeli oleh United dari Crystal Palace mendapat banyak pujian kerana telah menunjukan persembahan yang baik dan berjaya membuatkan beberapa pemain ‘koyak’ disebabkan tidak berjaya melepasi pemain muda itu.

Aksinya yang cemerlang pada musim ini menjadikan dia sering dibandingkan dengan bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Ramai yang berpendapat Trent adalah pemain pertahanan yang lebih baik daripada Wan-Bissaka kerana dia dapat memberikan sumbangan besar kepada jumlah gol dan bantuan The Reds dalam dua musim terakhir.

Tetapi Simpson berpendapat perbandingan kedua-dua pemain pertahanan itu tidak masuk akal.

“Semua orang cuba membandingkannya (Wan-Bissaka) dan Trent tetapi mereka berdua adalah dua pemain bek sayap belakang yang berbeza antara satu sama lain,” kata Simpson kepada MUTV.

Simpson menganggap wajar jika Wan-Bissaka belum dapat menyumbang kepada serangan United sepenuhnya kerana musim lalu dia bermain untuk pasukan yang sentiasa bertahan.

“Ole mengatakan dia mengasah Aaron dalam skema serangan. Banyak orang lupa dia menyertai dari Crystal Palace, yang mana mereka tidak dapat menguasai dominasi bola, jadi musim lalu dia lebih bertahan.”

“Semasa di United terutama ketika mereka bermain di halaman mereka,mereka biasanya dominan dalam penguasaan.Jadi dia akan mendapat lebih banyak peluang untuk membantu menyerang daripada ketika dia berada di Crystal Palace,” katanya.

Simpson percaya Wan-Bissaka berpotensi menjadi sayap belakang yang lebih lengkap daripada Trent Alexander-Arnold.

Dia menganggap dengan kemampuan pertahanan itu dan dilatih untuk menjadi lebih ofensif, pemain berusia 22 tahun akan memberikan sumbangan besar kepada United.

“Saya ingat beberapa bulan lalu bahawa dia sering melepaskan umpan silang menentang Chelsea dan itu bagus.

”Dia kini bekerja sangat intensif dan dia sukar dikalahkan. Anda dapat melihat bagaimana Sterling yang merupakan salah satu pemain sayap terbaik di liga tidak dapat melepasinya.

“Dia pemain yang baik dan masih sangat muda dan dia akan bertambah baik jika dia terus bekerja keras. Saya yakin Ole dan pemain bekerja keras untuk berkembang. Oleh itu, kami harap dia dapat mula memberikan bantuan terutama di Old Trafford,” katanya. – MalaysiaGazette