Home Nasional Kenapa orang yang ada ‘contact’ sahaja dapat kupon Solat Jumaat?

Kenapa orang yang ada ‘contact’ sahaja dapat kupon Solat Jumaat?

Diantara jemaah yang berada diluar masjid tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana telah dihadkan kepada 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai dan kakitangan masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 12 JUN 2020

SHAH ALAM – Pelbagai kelonggaran diberikan oleh kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah di surau Jumaat dan masjid di dalam zon hijau di seluruh negara.

Solat berjemaah hari ini sudah mula dibenarkan namun jumlah jemaah kini ditambah dari 12 orang kepada 40 orang dalam satu-satu masa berbanding tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berita baik ini sudah pastinya dinantikan oleh semua umat Islam, lebih-lebih lagi setelah 13 minggu mereka tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Namun rasa teruja itu bertukar menjadi hampa kerana ada dalam kalangan mereka tidak dibenarkan berbuat demikian apabila kuota orang di dalam masjid awal-awal lagi sudah penuh.

Tinjauan MalaysiaGazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini mendapati ramai ahli kariah yang hadir sugul dan kecewa apabila dimaklumkan hanya mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan memasuki masjid itu untuk menunaikan solat Jumaat.

Jemaah, Mohd Fazrin Zainal Abidin bercakap kepada media selepas tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana telah dihadkan kepada 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai dan kakitangan masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI, 12 JUN 2020.

Muhammad Fazren Zainal Abidin, 36, dari Puncak Alam mengaku kecewa selepas dihalang memasuki kawasan Masjid Negeri Selangor itu kerana tidak dimaklumkan mengenai jemputan tersebut.

“Saya memang sedih sedikitlah sebab apa sudah 13 minggu kita tak solat Jumaat. Sejak pagi tadi, saya sudah siap sedia, siap gosok jubah dengan harapan bolehlah masuk.

“Tapi bila sampai sini pihak masjid beritahu, hanya jemputan sahaja yang boleh masuk walaupun ada buat pendaftaran,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jemaah, Ahmad Abdul Aziz bercakap kepada media selepas tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana telah dihadkan kepada 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai dan kakitangan masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI, 12 JUN 2020.

Sementara itu, Ahmad Abdul Aziz, 38, Seksyen 9, Shah Alam pula  kesal kerana dia dihalang menunaikan solat Jumaat kerana tidak mempunyai kupon.

“Bukan saya datang sahaja-sahaja macam itu, pagi tadi pun kita dah solat Subuh di sini. Malah saya ada bertanya kepada pegawai tentang prosedur datang ke sini, dia cakap cuma bawa pelitup muka dan sejadah saja.

“Bila kita datang, diberitahu perlukan kupon, kita pun tak tahu kupon tu nak dapat dekat mana.

“Saya agak terkilan akhirnya orang yang dapat datang orang yang ada contact sahaja yang boleh dapat kupon,” katanya.

Jemaah, Abdul Haq Muhammad bercakap kepada media selepas tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana telah dihadkan kepada 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai dan kakitangan masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI, 12 JUN 2020.

Bagi Abdul Haq Muhammad, 39, dari Seksyen 17, Shah Alam juga terkilan kerana dia tidak dimaklumkan secara tepat kaedah untuk mendapatkan kupon jemputan bagi menunaikan solat Jumaat.

“Saya agak terkilan sebab tidak dapat masuk masjid hari ini. Saya pun tak dimaklumkan macam mana nak dapat pelepasan untuk memasuki masjid pada hari Jumaat hari ini.

“Setakat ini yang saya tahu, dekat 40 orang dibenarkan solat, saya cubalah mana tahu dapat masuk sebab satu per tiga masjid jumlah jemaah dibenarkan.

“Saya cuba masuk juga, kalau tak dapat nak buat macam mana,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Contact dgn masjid ?.. sama ke contact dgn govt. First lau imam pun tak kenal camne nak kata ada contact.. ajk masjid kenal ? Papan notis pernah baca, pernah amik pot no hp dia org ni.. Sblm ni selalu dtg masjid ke, lps solat sunat baidah salam2 tak dgn qariah kat barisan depan tu. Pernah ikut geng yaasin tak, join makan2 tak, tolong2 basuh apa2 ke… pernah tolong2 buang taik cicak tak..? Tahun lepas Ramadhan joint geng Qiammulail tak.. Derma rahsia tapi pernah tak.. Lau manjang tak, tak lah kira ada contact jwb nyee.. Tapi tapelah sume tu sunat.. Dari buat asbab mulut tu jd MG tulis benda ntah apa2, baik solat kat umah je…

Comments are closed.