KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bekas pegawai kanan kepada bekas menteri bagi membantu siasatan kes.
Lelaki tersebut, Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, (gambar kecil) mempunyai alamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Saifullah diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau emel ke alamat [email protected] MalaysiaGazette