Home Nasional Punca jangkitan Covid-19 pada mayat wanita Sabah belum dapat ditentukan

Punca jangkitan Covid-19 pada mayat wanita Sabah belum dapat ditentukan

Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Punca jangkitan positif Covid-19 pada mayat wanita warga emas berusia 85 tahun yang merupakan kematian ke-119 hari ini belum dapat ditentukan pasukan perubatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kebiasaannya sebelum bedah siasat mayat akibat kematian akan dilaksanakan ujian Swap Covid-19 dan menunggu keputusan dalam 24 jam sebelum langkah seterusnya sekiranya dikesan positif.

Dalam kes wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya dan jenazah dibawa ke Hospital Keningau di Sabah dan dijalankan ujian swap serta bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat menyedari virus ditemui di atas permukaan kulit, organ dalaman dan sebagainya di mayat wanita itu dan adalah penting untuk pasukan kami melindungi diri mereka dengan PPE.

“Malangnya wanita itu menerusi ujian swap disahkan positif dan virus dikesan pada mayatnya.

“Kami mengambil tindakan lanjut iaitu dengan menyaring ahli keluarganya di rumah si mati dan masih menunggu keputusan Covid-19,” katanya dalam sidang media situasi semasa Covid-19 hari ini.

Tambah beliau, pihaknya belum dapat menentukan punca jangkitan virus maut pada wanita yang mati itu dan pihak KKM sedang meneliti secara mendalam perkara itu.

“Langkah pencegahan awal telah diambil KKM ini langkah pencegahan awal diambil disamping menyiasat punca jangkitan itu,” katan Noor Hisham.

Dalam pada itu, beliau menyarankan  kuarantin diri seseorang di rumah selepas balik dari luar negara adalah perlu seperti disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tapi mereka perlu ingat bahawa kuarantin diri bermakna kuarantin diri dalam bilik tanpa berlegar di ruang dan tidak mendekati ahli keluarga yang mana warga emas perlu menjauhkan diri mendekati ahli keluarganya yang kuarantin diri.

“Kita ada protokol yang mana memandangkan tempoh inkubasi memandangkan bertempoh 14 hari, mereka wajib mengkuarantin diri dan tertakluk kepada SOP demi melindungi ahli keluarga mereka,” ujarnya.-MalaysiaGazette