SAN FRANCISCO – Facebook Inc memecat seorang pekerjanya yang telah mengkritik keputusan Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg yang tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan panas yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bulan ini.
Brandon Dail, jurutera pengantaramuka pengguna di Seattle menulis di Twitter, dia telah dimarahi di hadapan orang ramai oleh seorang rakan sekerja yang enggan untuk memasukkan kenyataan menyokong pergerakan Black Lives Matter pada dokumen yang hendak diterbitkan.
Dail menghantar ciapan tersebut sehari selepas dia menyertai puluhan pekerja termasuk enam jurutera dalam pasukannya dan sanggup mengabaikan tugas mereka serta menghantar ciapan membangkang cara Zuckerberg mengendalikan hantaran Trump dalam satu protes di syarikat media sosial itu.
“Tidak membuat sebarang kenyataan dengan sengaja itu pun sudah bersifat politik,” tulis Dail dalam hantaran Twitter pada 2 Jun.
Pada Jumaat, dia menegaskan untuk berpegang kepada apa yang ditulisnya.
Facebook mengesahkan pemecatan Dail namun enggan memberikan maklumat tambahan.-MalaysiaGazette