Home Dunia Penunjuk perasaan bertempur dengan polis anti-rusuhan di Paris

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis anti-rusuhan di Paris

Keadaan tunjuk perasaan anti-rasisme di Paris. foto Agensi

PARIS – Polis anti- rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang bertindak dalam demonstrasi anti-perkauman di tengah Paris ketika gelombang kemarahan masih memuncak susulan kematian warga Afrika Amerika, George Floyd.

Para penunjuk perasaan berkumpul di Place de la Republique, melaungkan “Tidak ada keadilan, tidak ada kedamaian” di bawah patung .

Terdapat sepanduk yang dipegang oleh orang ramai berbunyi: “Saya harap saya tidak terbunuh kerana menjadi hitam hari ini”.

Keganasan itu berlaku selepas tiga jam mereka berkumpul secara aman.

Beberapa penunjuk perasaan melemparkan botol, batu dan roda basikal pada barisan polis dan sebuah gerai dirosakkan walaupun pihak penganjur menggesa para penunjuk perasaan yang datang bersama-sama dengan kanak-kanak bersurai.

Kemarahan itu tercetus selepas kematian Floyd di Minneapolis bulan, mencetuskan kemarahan di Perancis, khususnya di pinggir bandar, yang mana kumpulan hak asasi mendakwa perlakuan kejam polis Perancis terhadap penduduk yang sering berlatar belakang imigran masih belum ditangani.

Assa Traore, saudara perempuan Adama Traore yang berusia 24 tahun, yang meninggal dunia berhampiran Paris pada tahun 2016 setelah polis menahannya, kata penunjuk perasaan.

“Kematian George Floyd menaikkan semangat saya bagi membela kematian adik lelaki saya di Perancis. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat berlaku di Perancis,” katanya.

Keluarga Traore berkata, mangsa sesak nafas ketika tiga pegawai menahan dan merebakannya dengan menggunakan berat badan mereka.

Namun, pihak berkuasa mengatakan punca kematian Assa tidak jelas.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner mengakui ada “kecurigaan terbukti terhadap rasisme” di dalam badan penguatkuasaan undang-undang Perancis.

Di pinggiran kota Belleville di Paris seorang lelaki keturunan Algeria mengatakan bahawa dia telah menjadi mangsa keganasan polis.

‘”Saya telah dihina, malah dipukul. Tetapi bukan semua polis begitu.Malangnya, minoriti ini disakiti oleh polis,” kata Karim.

Protes akibat kematian Floyd juga berlaku di negara-negara lain, termasuk di beberapa bandar Australia, Taipei, Zurich dan London. – MalaysiaGazette