KUALA LUMPUR – Pemuda Negara Kapar terkesima dengan pandangan Datuk Seri Amirudin Shari supaya Dr Daroyah Alwi meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa ekoran keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ameer Asshafif yang mempersoalkan cadangan tersebut bertanya, adakah saranan Menteri Besar Selangor itu bertujuan untuk menyediakan kerusi DUN Sementa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli.
”Ini kerana, kami yakin kepimpinan dan akar umbi PKR masih melihat YAB Amirudin Shari sebagai ‘kartel Azmin’. Datuk Seri Amirudin Shari in’ yang hanya ‘berlakon setia’ semata-mata untuk mengekalkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor.
”Jangan lupa, melalui beberapa gambar yang viral, Dato’ Menteri Besar juga dituduh terlibat sama dalam merancang Langkah Sheraton. Malah, beberapa pegawai dan rakan-rakan Dato’ Menteri Besar juga ada bersama kami di Sheraton pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Artikel berkaitan: Daroyah umum keluar PKR
Saya hilang kepercayaan kepada Anwar – Daroyah
Daroyah pengkhianat, tolong letak jawatan
Pemuda Negara Kapar, tambahnya juga berpesan supaya Amirudin supaya berhati-hati dengan cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan memakan diri sendiri sambil mendoakan agar Menteri Besar Selangor itu diberikan kekuatan dan ketabahan untuk berdepan intrik politik dalam PKR yang pasti tiada kesudahannya.
Semalam, Dr Daroyah yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Keputusan itu dibuat selepas beliau hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden PKR dan juga pimpinan parti kerana alpa dengan idealisme perjuangan serta hala tuju parti.
Daroyah juga terkilan dan kecewa kerana yang berjasa menjadi korban dan berlaku siri terancang pemecatan serta penggantungan anggota terutama melibatkan rakan seperjuangan yang lama memperkasa parti. – MalaysiaGazette
Udin Sari ni bodoh cam lembu atau bangang cam keldai? Patut Anwar Ibrahim duku kepalanya atau pi jentik telinganya dua dua belah padtu bisik Tanya Udin tu.. “kau dilahirkan otak dilutut ke?”. Nanti rakyat tanya Adun dan Parlimen parti lain yang masuk PKR kenapa tidak suruh letak jawatan dan kosongkan kerusi? Apa nak jawab? Sebaiknya puak PKR ni perlu sumpah ikrar akan simpan “bodoh” tu hanya diwariskan kepada keluarganya sahaja.
MENGOSONGKAN DUN SEMENTA TIDAK NENYELESAIKAN MASALAH.
ADALAH LEBIH BAIK MENGOSONGKAN PARLIMEN KUANTAN DENGAN MEMBERI LALUAN KEPADA RAFIZI RAMLI UNTUK BERTANDING DI KAWASAN TERSEBUT.
SESUNGGUHNYA PKR SANGAT2 MEMERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI RAFIZI DAN BUKANNYA PEMIMPIN “BURUNG TIONG”.
Tak kan selama2nya nak jadi pengkhianat dan pelarian politik?
Pulangkan mandat rakyat dan berundurlah secara bermaruah. Kerusi DUN atau Parlimen adalah hak parti yg dipilih rakyat bukan hak individu.
Wah! lepas pilihanraya bila berbondong2 Adun UMNO khususnya di Sabah PH ko senyap jer? Lepas tu ko jgn lupa langkah 16 September Anwar yg gagal! Masa tu knpa senyap?…kenapa ko tak suruh mrk letak jawatan jer? Rakyat undi UMNO masa PRU..Yg tu bukan mandat rakyat ke?? poooodahhh!