Home Politik PH tetap kekal di Selangor kerana DAP

PH tetap kekal di Selangor kerana DAP

KUALA LUMPUR – Peletakkan jawatan Dr Daroyah Alwi sebagai Ketua Wanita Keadilan Selangor tidak akan menjejaskan kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri, Kerajaan Negeri Selangor tidak akan bertukar tangan kerana kerusi deposit Pakatan Harapan (PH) masih tidak tergugat.

“Ragam senario politik negeri Selangor, MB mahu terus kekal sebagai MB Selangor dengan mencatur politik dalaman mereka.

“Pusing-pusing macam mana pun MB tetap dia (Amirudin) kekal. Siapa Presiden parti itu nombor dua?

“Dengan deposit 16 kerusi DAP terus kekal bergaya, dalam diam mereka tidak akan memberikan ruang untuk Kerajaan Negeri Selangor bertukar tangan,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Daroyah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa mengumumkan keluar daripada PKR berkuasa kuasa serta-merta.

Status Daroyah selaku Timbalan Speaker DUN Selangor kini adalah sebagai ADUN bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN).

Daroyah keluar PKR kerana hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang alpa terhadap idealisme perjuangan dan hala tuju parti itu.

Dalam pada itu, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) diingatkan agar mengetengahkan formula baharu bagi mengembalikan keyakinan rakyat ketika PH dalam krisis.

“UMNO, BN dan Mufakat Nasional Selangor perlu ada formula yang sangat luar biasa demi mengambalikan keyakinan rakyat Selangor khasnya.

“Bukan sekadar perlu bekerja tetapi sesuatu yang wow atau luar jangka untuk rakyat Selangor,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaik Dr Doroyah tidak perlu keluar PKR apa yang patut dia duduk dibarisan pembangkang kemudian “seligi” Adun Adun kerajaan Selangor dan “tunjal” Amirudin dalam dewan. Ok formula akan datang Adun Dan MP PKR jangan umum keluar parti cukup untuk “pindah kerusi” melawan dalam dewan. Hatok Der kan dah ajar cara sopan.. ahahaha

Comments are closed.