Home Politik Apa rasional pelantikan Eric Paulsen?

Apa rasional pelantikan Eric Paulsen?

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah memberi penjelasan berkenaan pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan peguam itu sering mengeluarkan kenyataan ekstrim dan menghina Islam tidak patut menjadi pilihan.

Sebaliknya ramai lagi tokoh atau aktivis Hak Asasi Manusia yang memahami batasan kebebasan bersuara dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan agama lebih layak untuk menjadi ahli MPKM.

“Eric telah berkali-kali mengguris hati umat Islam dengan tulisan beliau seperti menuduh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mempromosi ekstrimisme dalam khutbah Jumaat, memperlekeh hukum syariah dan menyalahkan madrasah menuntut ilmu agama sebagai lokasi pembiakan ekstrimis agama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini Pas turut menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap lantikan Eric sebagai ahli MPKM.

MPKM ditubuhkan KKMM sebagaiĀ  platform untuk kerajaan membincang dan mendapatkan input daripada semua pemegang taruh dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia.

MPKM dipengerusikan oleh menteri dan dianggotai 15 ahli yang merangkumi pengurusan tertinggi KKMM, wakil-wakil dari masyarakat sivil, ahli akademik, badan pemikir, pakar sesuatu bidang, badan profesional, badan perniagaan dan sebagainya.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bagus pemuda2 UMNO & PAS ini, lantang, itu yang rakyat mahukan!

    Tapi bagaimana pula dengan pemuda Bersatu? Janganlah pula jadi pemudi2 yang sibok mengyonglap?

  2. Terus bersuara lantang pemuda PAS dan UMNO utk menegakkan yg hak Dan menjatuhkn yg batil.
    Anda adalah pemimpin masa harapan kami.

Comments are closed.