KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed yang meletakkan jawatan hari ini mendakwa sejak seminggu lalu, dia diganggu dengan kata-kata kesat melalui panggilan telefon oleh orang tidak dikenali.
Malah akaun Linkedln miliknya di ceroboh yang diketahui selepas pembantunya memaklumkan maklumat profilnya diubah.
“Siapa yang kenal saya faham kenapa saya letak jawatan. Siapa yang tidak, apa sahaja alasan saya, mereka tidak berpuashati. Jadi saya tidak mahu layan. Saya cuma mahu penamat dan tidak respon kepada senarang pertanyaan,” katanya melalui bebenang dalam Twitternya hari ini.
BACA:CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan
Menurut Abdul Jalil, tahap gangguan yang diterimanya menyebabkannya bimbang terhadap keluarganya dan tidak adil mereka diseret bersama kemelut yang dihadapinya.
“Kami membuat keputusan kewangan yang besar melibatkan kewangan dan pengorbanan keluarga untuk kembali ke Kuala Lumpur dari Singapura kerana saya percaya dan mahu menyumbang kepada pembangunan negara.
“Sedihnya, ia (keputusan berhenti) datang mendadak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Jalil mengaku tidak menyesal menyertai PNB dan sepanjang lapan bulan bersama beliau mengakui dia banyak belajar dan berbangga dengan pencapaian syarikat berkaitan kerajaan itu dalam tempoh yang singkat.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
PNB terima peletakan jawatan Jalil, pengganti akan diumumkan
ยท
Jangan lah ikut tok wan tu sangat , cakap bohong sambil fitnah org ..walaupun awak tu cucu saudara dia ..
Dalam tempoh 22 bulan semua cucu cucu sendiri dan cucu saudara dapat mudah habuan lumayan, kata Hatok Der semuanya untuk dinikmati oleh rakyat ohh yaa cucucicit nya pun rakyat jugakan.. fahamlah kini siapa rakyat yang dimaksudkan yang mendapat habuan ratusan ribu sebulan.. rakyat tu lah rupanya..
Kalau pasal keselamatan jangan kencing lah… KPN kan atok ko yg lantik tanpa mengikut seniority. Kira pakcik ko lah tu… Korang anak cucu lebih selamat daripada kami rakyat jelata.
Jangan jadi kaki pembohong macam atok lah…. Buat laporan polis pagi ini…tapi jangan pulak jadi sadiq sigaraga… Laporan polis makan diri pulak
kah kah…degree 3rd class pun boleh jd CEO PNB? berlambak anak Melayu kat luar saya yg ada 1st & 2nd class degree tak dapat peluang dan dituduh atok ko sbg Melayu Malas!
Btul tu..terkejut juga dgree kelas ke3..penipu btul..tak usah lh menipu klu dah bodoh..pnb perlu di teraju olh org melyu yh btul2 pure, bkn org mlyu cluk mamak pula..dia ni bukn bumiputra pure..so bgus lh klu di pcat n di letak jawatan..sbb tak sesuai dgn klyakkan dah lah mnipu sijil dan bkn pure bumiputra pula tu..udah2 lh pi cari kerja lain..
Tak cukup kalau kata kata kesat patutnya kena tambah dengan maki hamun dan sumpah seranah.