KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga Tenaga Nasional Berhad dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah akan memperhalusi isu kenaikan bil elektrik yang diterima pengguna sejak kebelakangan ini.
Malah beliau menghormati dan menghargai pandangan rakyat mengenainya.
Menurutnya, TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik dalam mesyuarat hari ini dan pihaknya termasuk pegawai kementerian dan Suruhanjaya Tenaga akan membuat penilaian mengenainya.
“Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam mesyuarat sekali lagi esok.
“Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Shamsul Anuar, pandangan atau kritikan yang diberi oleh pelbagai pihak dilihatnya satu usaha membantu kementeriannya memberikan yang terbaik untuk rakyat.
“Dalam apa keadaanpun keutamaan kerajaan dan saya adalah rakyat. Rakyat mesti diberikan pembelaan,” katanya.- MalaysiaGazette
Bank boleh bagi monotorium tidak kira golong B40 atau T20 dengan menanggung kos operarasi, apa salahnya TNB memberi diskaun kepada semua pengguna.