Home Seni Hidup Ramai masih tak tahu inisiatif MY30

Ramai masih tak tahu inisiatif MY30

Orang ramai menggunakan kad pengenalan semasa menyentuh kad perjalanan pada hari pertama pelaksanaan Pas Perjalanan Tanpa Had MY30 berkumpul di LRT KL Sentral, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JUN 2020

KUALA LUMPUR- Nampaknya walaupun kerajaan telah menyediakan inisiatif nampaknya masih ramai pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang masih tidak mengetahui pas perjalanan MY30.

Tinjauan MalaysiaGazette di Rel Tansit Ringan (LRT) mendapati para pengguna seperti pertama kali mendengar istilah itu malah mahu wartawan memberikan khidmat penerangan percuma kepada mereka mengenainya.

MY30 merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengurangkan beban pengguna pengangkutan awam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan Covid-19 baru-baru ini.

Kerajaan memperkenalkan program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sebulan untuk perjalanan menggunakan pengangkutan awam PRASANA bermula 15 hari ini sampai hujung tahun ini bagi kawasan Lembah Klang.

Pembantu jururawat, P. Mala yang juga pengguna pengangkutan awam mengakui dia tidak mengetahui insiantif yang diumumkan kerajaan itu.

P. Mala.

“Saya tak tahu, macam pernah dengar kemungkinan saya lupa. Apa pun saya akan dapatkan pas perjalanan MY30 selepas ini”, ujarnya.

Seorang lagi pengguna pengangkutan awam yang hanya ingin dikenali sebagai Suzy pula terkejut apabila mengetahui adanya pas perjalanan tersebut bermula hari ini.

Suzy.

“MY30 saya tak tahu, adakah MY30 adalah radio?” tanyanya dengan nada serius.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna pengangkutan awam lain yang peka dan sudah mendapatkan pas perjalanan ‘hadiah’ dari kerajaan itu hari ini sebelum menaiki pengangkutan awam.

Pegawai Menara Telekom Malaysia, Ilmiza Osman menganggap insiantif seperti itu mampu mengurangkan bebanan rakyat terutama di Lembah Klang klang yang selalu menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.

Ilmiza Osman.

“Inisiatif seperti ini harus dikekalkan bagi membantu rakyat yang susah ekoran penularan wabak pendemik Covid-19,” ujarnya.- MalaysiaGazette