Home Nasional Rais Yatim antara lima angkat sumpah sebagai Senator

Rais Yatim antara lima angkat sumpah sebagai Senator

Barisan Ahli Dewan Negara baharu, Tan Sri Dr Rais Yatim (tengah) bersama Idris Ahmad (kiri), Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (dua kiri), Ketua Dewan Penyokong PAS, N Balasubramaniam (dua kanan) dan Muhammad Zahid Md Arip (kanan) bergambar selepas Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim mengetuai barisan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen pagi ini.

Selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan itu, turut mengangkat sumpah adalah Naib Presiden Pas Pusat Idris Ahmad; Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Pengerusi Dewan Penyokong Pas Pusat, Balasubramaniam Nachiappan dan Muhammad Zahid Md Arip.

Majlis angkat sumpah itu dibuat di hadapan Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Rais dan Radzi bukan wajah asing kerana pernah menyertai barisan Kabinet kerajaan sebelum ini.

Jawatan terakhir Radzi adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara 2005 hingga 2008.

Muhammad Zahid merupakan lantikan baharu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Balasubramaniam memiliki kelayakan akademik dalam Sijil Asas Kefahaman Islam Dakwah Islamiyah (ILHAM, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad).-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.