KUALA LUMPUR – “Terpulang kepada kewibawaan keputusan Perdana Menteri,” kata Tan Sri S.A.Vigneswaran ketika ditanya calon pengganti beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
Ini kerana tempoh perkhidmatan beliau selama dua penggal dijangka tamat akhir bulan ini.
“Kalau benar beliau (Tan Sri Rais Yatim) akan mengambil kerusi saya (Yang Dipertua Dewan Negara), saya ucapkan tahniahlah kepada YB Tan Sri. Tetapi banyak Tan Sri dilantik Senator hari ini.
Namun, kata Vigneswaran calon Yang Dipertua Dewan Negara tidak semestinya dari kerajaan tetapi pembangkang juga mempunyai peluang yang sama.
Cuma kebiasaannya nama calon Senator akan diberikan oleh pihak kerajaan.
“Pihak lain juga boleh kemukakan nama calon yang layak mengisi jawatan Yang Dipertua Dewan Negara dan jika ada dua nama maka pemilihan akan berlaku,” ujarnya.
Terdahulu Vigneswaran menyempurnakan majlis angkat sumpah lima anggota Dewan Negara.
Mereka adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim, Naib Presiden Pas Pusat Idris Ahmad, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad, Pengerusi Dewan Penyokong Pas Pusat, Balasubramaniam Nachiappan dan Muhammad Zahid Md Arip.-MalaysiaGazette
Halaman ini dipenuhi dgn iklan2 rubbish..