Prosedur standard operasi (SOP) pembukaan sesi pengajian maahad tahfiz di seluruh negara akan diumumkan dalam waktu terdekat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, pihaknya telah kemukakan cadangan SOP itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ada beberapa mekanisme yang perlu dikemaskinikan.