KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan Pas sudah pasti mahu mengekalkan semua kerusi masing-masing di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang telah dimenangi calon kedua-dua parti itu.
Ia termasuk kerusi-kerusi BN yang telah dimenangi oleh penyandang-penyandang yang telah melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Perkara ini adalah suatu yang “non-negotiable” (tidak boleh dirundingkan) dan Majlis Tertinggi UMNO sedar akan aspek ini.
”Ini kerana asss pembahagian kerusi dalam pilihan raya tidak semudah hanya mengikut telunjuk seorang Perdana Menteri,” katanya.
Shahrir berkata, walaupun BN dan Pas kalah pada pilihan raya lalu tetapi asas undi sudah diketahui undi asas mereka.
Malah, sudahpun terbentuk fahaman di antara BN dan Pas bahawa kerusi-kerusi yang tidak dimenangi oleh kedua-dua parti, ianya akan berasas kepada jumlah undi yang diperoleh calon masing-masing pada PRU-14.
Kalau undi calon BN lebih daripada calon Pas, kerusi itu akan ditandingi olih BN dan begitu sebaliknya.
Sedangkan Bersatu pula berkongsi undi dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebenarnya tidak tahu apakah bahagiannya.
Shahrir menambah, fahaman yang sama mungkin boleh terpakai untuk Bersatu dan serpihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan kerusi sedia.
Meskipun begitu, ia boleh dipertikaikan kalau undi itu kurang daripada setengah jumlah undi, iaitu apabila undi BN dan Pas bercampur melebehi dari undi calon Bersatu yang menang atas kekuatan PH.
Selain itu, 5 kerusi Parlimen yang dikuasai oleh kelompok Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh dianggap secara automatik milik Bersatu, begitu juga kerusi PKR kerana mereka semua bukan milik kumpulan Azmin.
Pada masa sama Bersatu masih berdepan dengan masalah dalaman dan Azmin juga belum menubuhkan partinya.
Yang ada hanyalah Muafakat Nasional yang menjadi benteng mempertahankan negara daripada dinodai oleh fahaman politik sekular segerombolan PH. – MalaysiaGazette
yes uright
MUAFAKAT NASIONAL thumbs up
Bincang baik2 dengan MN!!! Teras parti Islam, Melayu dan Bumiputra!
Sokong MN
Menjaga rukun hidup yang baik yang akan memacu negara ke tahap yang lebih tinggi dari segi ekonomi, pendidikan, kemajuan and kebahagiaan hidup adalah merupakan kewajipan setiap rakyat Malaysia. Demi untuk kelangsungan Agama kita, Raja-raja Melalyu, Bahasa Melayu dan perpaduan kaum di Malaysia yang kita sayangi ini, marilah kita memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi untuk pemimpin yang hanya mengambil peduli tentang kebajikan rakyat dan benar-benar ikhlas. Jangan tolong pemimpin yang mementingkan diri, kroni dan koprat kapitalis. Sekali-kali jangan kita tertipu lagi oleh puak-puak yang suka menghasut dan menjanjikan bulan dan bintang. Mereka itulah yang satu lalu yang telah berjanji tetapi menhampakan rakyat sesudah memenangi pilihanraya. Malaysians don’t make that mistake again. Once bitten, twice shy.
Saya sokong pendapat anda. Masa covid pada bulan Jan apa tindakan parti terdahulu Tiada buat apa Sehingga lah PN mengambil Alih. Pada bulan mac. Baru ada tindakan. Dan ambil peduli Tentang rakyat. Kita perlu beri sokongan tidak berbelah bagi pada pentadbiran yang ada sekarang. Kerajaan .