KUALA LUMPUR – Sektor pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaparkan prestasi cemerlang dengan merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 6.0 peratus pada 2019 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, MARA juga tidak hanya signifikan, tetapi turut mempunyai kepakaran dalam pelaburan bumiputera yang mampu bersaing dengan entiti perniagaan.
“Subsidiari MARA perlu terus meningkatkan kemampuan syarikat termasuk membayar dividen yang tinggi kepada pemegang saham, penglibatan aktif syarikat dalam tanggungjawab sosial (CSR) kepada kumpulan sasar serta berupaya meneroka peluang pasaran baharu luar daripada lingkungan agensi masing-masing,” katanya.
Selain itu, Abd Latiff berkatam MARA akan terus membantu memastikan syarikat bumiputera dapat terus berdaya saing dari sudut keusahawanan.
“MARA juga telah memberi beberapa inisiatif untuk usahawan seperti penangguhan pembayaran balik pembiayaan perniagaan selama tempoh enam bulan, sewaan premis percuma bagi April dan Mei serta pemberian diskaun khas premis sebanyak 30 peratus selama empat bulan.
“Program Khas Pengukuhan Keusahawanan MARA yang baru diperkenalkan merupakan usaha untuk memastikan perniagaan IKS Bumiputera mampu mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19,” katanya. – MalaysiaGazette