Home Sukan Felix sumbat 2 gol

Felix sumbat 2 gol

Pemain Atletico Madrid, Joao Felix berpelukan dengan rakan sepasukannya selepas berjaya menjaringkan gol ketika berlawan dengan Osasuna. - Foto AFP

SEPANYOL – Pemain remaja Portugal, Joao Felix menyumbat dua gol ketika Atletico Madrid mara ke kedudukan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-0 pada perlawanan La Liga mengatasi Osasuna awal pagi tadi.

Felix, 20, membuat penampilan pertama sejak liga utama Sepanyol itu kembali ekoran penularan wabak Covid-19 selain digantung ketika berdepan Athletic Bilbao dan kecederaan pergelangan kaki sejak Mei.

“Saya rasa bagus, kembali daripada kecederaan selepas tiga bulan tanpa bermain dan menjaringkan dua gol adalah sangat bagus buat saya,” kata Felix kepada penyiar Movistar.

Kelab dari utara itu pula kekal di tangga ke-11 selepas kekalahan berkenaan dan sukar untuk ke Liga Europa namun 10 mata di atas zon penyingkiran.

Jurulatih tuan rumah, Jagoba Arrasate beraksi tanpa kapten, Oier dan Adrian Lopez yang menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Real Sociedad, yang boleh naik mengatasi Atltetico awal pagi esok dengan kemenangan di Alaves.

Felix akan kembali ke ibu kota Portugal pada Ogos ketika UEFA mengumumkan bahawa Liga Juara-Juara akan dilengkapkan di Lisbon dengan format ‘lapan final’ selepas Atleti menewaskan penyandang gelaran, Liverpool pada Mac.

Sementara itu di Paris, Liga Juara-Juara 2019-2020 yang digantung sejak Mac kerana pandemik Covid-19 akan dilengkapkan menerusi format ‘lapan terakhir’ di Lisbon pada Ogos kata UEFA, awal pagi tadi.

Kejohanan utama Eropah itu akan ditentukan dengan siri satu perlawanan bermula suku akhir di ibu kota Portugal itu pada 12 Ogos manakala final pada 23 Ogos kata badan induk bola sepak Eropah itu selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka.

Liga Europa juga akan dilengkapkan dengan ‘lapan terakhir’ di empat bandaraya Jerman manakala final di Cologne pada 21 Ogos.

Liga Juara-Juara Wanita juga akan berlangsung menerusi lapan pasukan terakhir akan ke pusingan kalah mati di Bilbao dan San Sebastian, Sepanyol bermula 21-30 Ogos. – MalaysiaGazette