Home Politik Ronnie tak setuju Tun M dilantik jadi PM

Ronnie tak setuju Tun M dilantik jadi PM

Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Nampaknya bukan semua pimpinan DAP bersetuju untuk melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (PM) semula.

Salah seorang daripadanya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu.

“Mahathir sepanjang 22 bulan lalu sebagai PM menyebabkan perpecahan dalam DAP,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Antara isu yang menyebabkan ‘perpecahan’ dalam DAP termasuklah isu tulisan Jawi, kedudukan Dr. Zakir Naik, UEC, forum Dong Jia Zong, LTTE dan isu peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dan isu calon PM kali ini akan menyebabkan ahli-ahli DAP dan PH (Pakatan Harapan) pula berpecah,” ujarnya yang juga aktif dalam Otai Reformasi yang mahu Anwar menjadi PM.

Sebelum itu, seorang lagi pemimpin DAP, Anthony Loke memaklumkan hasrat partinya untuk mencadangkan nama Mahathir sekali lagi sebagai PM sekiranya PH kembali berkuasa.- MalaysiaGazette