Home Dunia Anggota polis tembak Brooks berdepan 11 pertuduhan membunuh

Anggota polis tembak Brooks berdepan 11 pertuduhan membunuh

Rakaman saat-saat akhir sebelum Rashard Brook ditembak mati. Gambar kecil bawah kiri adalah Garrett Rolfe. foto Agensi Read more: https://metro.co.uk/2020/06/17/white-cop-garrett-rolfe-charged-killing-rayshard-brooks-12867831/?ito=cbshare Twitter: https://twitter.com/MetroUK | Facebook: https://www.facebook.com/MetroUK/

ATLANTA – Seorang anggota polis Atlanta yang dipecat didakwa dengan 11 pertuduhan membunuh Rayshard Brooks minggu lalu di tempat parkir kereta restoran makanan segera.

Manakala seorang lagi anggota polis menghadapi pertuduhan lebih ringan.

Peguam Daerah Fulton County, Paul Howard berkata, dakwaan membunuh itu boleh dikenakan hukuman seumur hidup tanpa parol atau hukuman mati.

Kematian, Brooks, 27, adalah satu lagi siri pembunuhan warga Afrika Amerika – telah mencetus kebimbangan sistemik rasis dan taktik polis di Amerika Syarikat.

Garret Rolfe, anggota polis kulit putih yang menembak Brooks pada 12 Jun lalu dipecat pada keesokan harinya selepas video tular menunjukkan tindakannya yang melepaskan tembakan.

Dia kini berdepan dengan 11 pertuduhan termasuk pembunuhan dan serangan membunuh dengan senjata.

Howard berkata, mengikut peraturan, Jabatan polis Atlanta tidak membenarkan anggotanya melepaskan tembakan bahkan pada individu yang melarikan diri.

Brooks yang terbaring di jalan di luar restoran Wendy’s di Atlanta, selepas ditembak mati pada Jumaat malam.

Sebelum itu, anggota bertugas menerima aduan tentang seorang lelaki yang tertidur di dalam keretanya dan menyekat laluan masuk ke restoran makanan segera itu.

Keluarga Brooks menyambut baik tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas Rolfe, tetapi balunya, Tomika Miller mengatakan tuduhan itu tidak akan membawa suaminya kembali.

“Kehilangannya cukup sakit, sakit yang sangat teruk,” katanya.

Pada sidang media di Altlanta, Howard memaklumkan Rolfe juga menendang Brooks setelah menembaknya dan Devin Brosnan, anggota polis lain mengaku berdiri di atas bahu Brooks yang sudah terbaring mati.

Rolfe juga tidak dibenarkan dijamin. – MalaysiaGazette