Home Politik PRK Chini: Kenapa Najib tak pilih anaknya?

PRK Chini: Kenapa Najib tak pilih anaknya?

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib.

KUALA LUMPUR – ‘Adalah janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi ADUN di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya.”

Itu kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan kenapa Datuk Mohd Nizar Najib sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Pekan tidak dipilih menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

“Ya, Nizar sebagai ketua pemuda UMNO Pekan memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan untuk menjadi calon PRK Chini.

“Ramai dalam bahagian UMNO Pekan dan rakan-rakan BN juga menyokong Nizar dicalonkan. Namun pendirian saya ialah, ada lagi pemimpin UMNO di sini yang setara atau lebih sesuai dari Nizar untuk menjadi calon PRK DUN Chini,” ujarnya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Semalam, UMNO dan Barisan Nasional (BN) memilih Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan, Mohd Sharim Md Zain sebagai calon PRK DUN Chini dan anak muda itu pilihan Najib sendiri.

“Saya juga telah berbincang pendirian saya dengan Nizar dan dia bersetuju malah dia juga teguh dengan kesungguhan untuk membantu calon dipilih! Berkobar-kobar Nizar!
Terima kasih Nizar di atas kesabaranmu dan tunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin.

“Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan UMNO bukan parti milik keluarga sesiapa. Lebih molek jika kita beri peluang pada pemimpin UMNO lain di sana yang lebih sesuai,” kata Najib lagi.

Beliau yakin dengan kebolehan saudara  Mohd Sharim dan percaya dia akan berkhidmat dengan baik jika dipilih sebagai ADUN Chini yang baharu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sharim calon BN bagi PRK DUN Chini

 

4 Komen

  1. Masa kamu akan sampai, Nizar. Yang penting tunjuk keikhlasan kamu membantu rakyat seperti datuk kamu.

  2. PARTI2 KEPUNYAAN LEGASI KELUARGA :-
    DAP KOMUNIS KAFIR HARBI – LIM & SON Co
    PKR – ANWAR & AZIZAH Co
    PPBM – MAHATHIR & SON Co
    TIGA PARTI NI MELETAKKAN PARTI2 SEBAGAI HAK MILIK KEKAL KELUARGA.INI ADALAH GAMBARAN SISTEM KAPITALISME,KOMUNIS,DIKTATOR SERTA AUTOKRATIK.JIKA ADA AHLI YG LEBIH BIJAK DARI MEREKA PON,TAK AKAN ADA PELUANG UNTUK TUNJUK PANDAI LAWAN TOKEY,AUTOMATIK AKAN D MATIKAN KAREKTORNYA SERTA MERTA.
    HANYA SATU JALAN YG ADA JIKA NAK JUGA REBUT JAWATAN TERTINGGI,IAITU KUDETA..INI SAJA YG BOLEH.
    JADI BILA KITA TENGOK TIGA PARTI SYAITAN NI,BOLEH AGAK KAN MEREKA SEMUA ADALAH FAHAMAN REPUBLIK KOMUNIS,LIBERAL DAN SEKULAR..KITA BOLEH SEKAT PARTI2 SYAITAN ISRAEL NI DENGAN MENOLAK MEREKA SEMASA PRU 15..
    MUAFAKAT NASIONAL BERSAMA DSNR/TGHHA..

  3. Hahhahahaha sembang pd orng yg x tau mmg rasa mcm wow hebatnya Najib nih…
    Wal hal semua orng tau siapa PM ke 2 dan anaknya sendiri PM6… Haishhhh nk gelak lah weyyyhhh

Comments are closed.