Home Nasional Yakinlah anda hanya dicaj apa yang anda gunakan

Yakinlah anda hanya dicaj apa yang anda gunakan

Memahami proes pembilan dan pengiraan bil.

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, operasi bacaan meter dan penyerahan bil dihentikan sementara waktu.

Seperti yang ditegaskan, langkah itu bertujuan menjaga keselamatan pelanggan dan warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Semasa operasi pembacaan meter dihenti sementara, TNB mengeluarkan bil anggaran berdasarkan bil bulanan sebelum PKP berkuatkuasa.

Bagaimanapun, mulai 15 Mei lalu, aktiviti bacaan meter dan penyerahan bil di premis pelanggan disambung semula secasra berperingkat.

Proses pembilan dan pengiraan bil telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Jumlah yang tertera pada bil sebenar adalah jumah bil untuk penggunaan tiga bulan iaitu Mac, April dan Mei.

Jika pengguna telah membayar bil anggaran, maka jumlah itu akan ditolak daripada bil sebenar terkini.

Pengguna juga diberi pilihan untuk membayar secara ansuran melalui Pelan Pembayaran Mudah.

Sebarang penjelasan lanjut boleh layari www.tnb.com.my atau hubungi TNB Careline 1-300-88-5454 atau emel [email protected].

Pengguna juga boleh mengunjungi Kedai Tenaga terdekat. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. DAH GUNA BAYARLAH..JANGAN AMBIL KESEMPATAN MENDAKWA TNB PERAS PENGGUNA.,BIL SEKALI DATANG 3 BULAN,WALAU PON PEMBACA METER TAK DATANG TEMPOH TU,METER TETAP JALAN MACAM BIASA,GUNA LETRIK KAW2,PASANG AIRCOND 5-6 BIJIK 24JAM PAS TU NAK BAYAR MURAH N FITNAH TNB MACAM2.BERKAT KE HARTA KAMU?JIKA.METER ROSAK,BUAT SAJA ADUAN,DAN TNB AKAN SIASAT..
    SEPANJANG PKP TAK ADA KENAIKAN TARIF LETRIK,SEMUA NORMAL MACAM BIASA.
    RAMAI AMIK KESEMPATAN BUAT CERITA MACAM2 DENGAN TUJUAN DAPAT BAYAR LETRIK MURAH SEBAB COVID..RAMAI PLAK YANG MELAYU JER AKU TENGOK PANGAI MACAM NI.
    BILA NAK INSAF PANGAI MELAYU KITA MACAM NI.AGAKNYA LAW IDUP D NEGARA ORG,LAMA DAH KENA HALAU BALIK MALAYSIA.
    PENDEK CITER,BANYAK GUNA,BANYAK LA KENA BAYAR.NAK FREE MANJANG,PAKAI KAYU API LA..

  2. Contoh senang je basikal ulang alik 3 kali bawa 1 penumpang ok je.. masalahny bawak 3 penumpang sekali jalan meletup tayar tu

Comments are closed.