Home Politik Rakyat bosan huru-hara politik antara Tun M, Anwar

Rakyat bosan huru-hara politik antara Tun M, Anwar

Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Sebenarnya rakyat secara keseluruhan sudah muak dengan drama serta agenda Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewarnai pentas politik sejak tahun 1982 lagi.

Begitu luahan hati Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, bukan sahaja dirinya malah hampir keseluruhan rakyat bosan dengan keadaan huru-hara politik kerana disebabkan oleh kedua-dua individu terbabit.

“Tiada nama yang lain yang boleh di sebut selain Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ini? Sebut Ahmad Maslan pun apa salahnya. Ini balik-balik mereka.

“Sejak saya bersekolah, sampai sekarang ini politik Malaysia ini berkisar Mahathir, Anwar atau Anwar, Mahathir. Ada tak orang lain? Sesekali dengar pula nama Muhyiddin,Zahid, Zahid, Muhyiddin.

“Berapa lama (mereka) hendak warnai suasana politik di negara ini? Cukup-cukuplah. Kita hendak tokoh lain, ramai lagi pemimpin lain di negara ini.

“Kalau mereka (Mahathir dan Anwar) ini ‘baik’, tidak apa juga,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Jalan Duta hari ini.- MalaysiaGazette

 

Ahmad Maslan yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian hadir untuk mengemukakan pembatalan pertuduhan pengubahan wang haram dan memberi penyataan palsu yang dihadapinya.

Hakim Azman Ahmad kemudian menetapkan 9 Julai hadapan bagi mendengar permohonan tersebut.

Dalam pada itu, secara berseloroh, Ahmad Maslan berkata, seandainya Mahathir dan Anwar mahu terasa dengan kenyataan beliau, beliau tidak kisah langsung.

“Ada aku kisah?” soalnya spontan.

Hari ini media melaporkan pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Mahathir sebagai calon perdana menteri sekali lagi.

Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parlimen PKR di atas talian hari ini. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PKR tolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga

3 Komen

  1. Slm,utk pengetahuan nagazette, rkyat bukan shj bosan, bahkan boring dgn akhlak, sifat buruk, tanpa moral di kalangn para pemimpin parti2 politik, baik pembangkang mahupun krjaan,bergelomang dgn kes2rasuah,salah guna kuasa,membunuh org, ddlm &di luar negara,bersumpah bohong &tidak di minta pun,semburit profesional,&mcm2 lagi isu semasa yg di hidangkn kpd warga M’sia khasnya&warga dunia mentertawakan politik para pemimpin M’sia yg hidup segan mati tak mahu,, lagi lama usia hidup, lagi bnyak buat dosa, nanti soalan berjela2 dari Malaikat nak kena jwb mcmna mampu nak jwb di pdg mahsyar kelak?,justeru itu mati sgra afdhol bgi individu2 yg buat dosa berulang2 kali yg tak reti2 nak bertaubat nasuha dgn sgra….

  2. Tepat sekali YB ,sepatutnya berasa malulah dgn orang orang ISLAM,kerja rebut JAWATAN

Comments are closed.