Home Nasional 12 PATI pekerja stesen minyak ditahan

12 PATI pekerja stesen minyak ditahan

Seramai 12 PATI yang bekerja di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah premis stesen minyak yang menyediakan kiosk makanan dan pusat cuci kereta di Petaling Jaya, tengah hari semalam.

Hasil maklumat dan risikan awal, JIM dimaklumkan terdapat warga negara asing bekerja sebagai juruwang, tukang masak, tukang cuci kereta dan juga sebagai pekerja barisan hadapan di premis tersebut.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam orang lelaki warga negara Bangladesh dan enam orang lelaki India.

Kesemua PATI itu telah melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, penyalahgunaan pas dan lain-lain kesalahan.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sebanyak Dua Borang 29 (Saman Saksi) dikeluarkan kepada majikan premis bagi membantu siasatan lanjut.

Tahanan-tahanan ini akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan susulan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.