BEIJING – China telah mendakwa dua rakyat Kanada melakukan intipan selepas lebih 18 bulan mereka ditahan.
Michael Kovrig, bekas diplomat dan Michael Spavor, seorang ahli perniagaan, telah ditahan di China sejak Disember 2018.
Penangkapan mereka dilakukan hanya beberapa hari setelah Meng Wanzhou – Ketua Pegawai Kewangan Huawei – ditahan di Vancouver atas permintaan Amerika Syarikat.
Kanada menyifatkan penahanan dua individu itu sebagai “sewenang-wenang”, tetapi China menafikan tindakan itu sebagai tindak balas daripada penahanan Meng.
Kedua-dua lelaki itu didakwa mengintip rahsia-rahsia China dan memaklumkan perisikan mereka kepada entiti luar.
Majikan Michael Kovrig, Crisis Group, melalui laman webnya menyatakan tertuduh tidak dapat menemui peguam atau keluarganya sejak ditahan kecuali menerima lawatan konsulat.
“Tugas Michael termasuk menemui pegawai, akademik dan penganalisis China dari pelbagai institusi negara China,” kata Crisis Group.
Kovrig telah menghadiri banyak persidangan atas undangan organisasi China dan sering muncul di televisyen China dan di media lain untuk memberi ulasan mengenai isu-isu wilayah.
“Tidak ada yang dilakukan Michael yang membahayakan China,” kata Crisis Group.
Laman web Free Michael Spavor, yang dikemas kini awal tahun ini, mengatakan bahawa beliau “berada di sebalik penjara, tanpa keluarganya dan tanpa akses kepada peguam”.
Pada bulan April 2019, kedua-dua lelaki itu disiasat antara enam hingga lapan jam sehari dan kadang-kadang dikenakan pencahayaan buatan selama 24 jam.
Kerajaan China memaklumkan kedua-dua mereka dalam keadaan “sihat”. – MalaysiaGazette
India is mourning the deaths of 20 soldiers who died in a clash with Chinese forces in the disputed Himalayan region of Ladakh!
Patut la kalau baca komen dalam youtube rata2 rakyat India menghina/mengutuk China malah ada yang membakar potret presiden China!
Rupanya ramai askar2 India telah terbunuh dalam merebut kawasan sempadan negara!!!