TERKINI : Buka Sempadan Masih Dalam Perbincangan – Dr Noor Hisham

Pembukaan sempadan antarabangsa secara bersyarat dengan negara dari zon hijau masih dalam peringkat perbincangan awal sebelum ia boleh dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi perbincangan awal, enam negara dikenal pasti untuk tujuan berkenaan, iaitu Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.