Home Politik Kes lelong aset Tabung Haji: Siasatlah saya – Mujahid

Kes lelong aset Tabung Haji: Siasatlah saya – Mujahid

Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersedia disiasat di bawah satu suruhanjaya diraja kerana didakwa melelong aset Tabung Haji (TH) ketika memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mujahid berkata, beliau sedia bekerjasama bagi menyelesaikan fitnah, penipuan dan berita palsu terhadap TH yang dimainkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Saya mencadangkan juga Asyraf Wajdi bertemu dengan Menteri Agama hari ini (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) dan bertanya kepadanya apakah benar dakwaan Mujahid melelong harta TH atau Mujahid telah menyelamatkan TH daripada legasi kepimpinan TH semasa kerajaan BN.

“Saya sarankan juga kepada Asyraf Wajdi untuk rujuk kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH untuk bertanya penjelasan ringkas saya ini, sejauh mana kebenaran penjelasan saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Asyraf Wajdi yang mendedahkan surat pelucutan hak terhadap pembelian semula aset TH oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai ditandatangani sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusof dan diluluskan beliau selaku Menteri Agama di bawah PH.

Surat rasmi TH bertarikh 3 Disember 2019 itu mendedahkan Mujahid meluluskan pengecualian hak penolakan pertama bagi 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke sebuah syarikat, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB).

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Asyraf Wajdi juga boleh meminta UJSB dan Menteri Kewangan kerajaan Perikatan Nasional untuk bertanya sama ada 18 aset yang dimaksudkan sudah terjual di pasaran setelah pengecualian hak penolakan pertama diluluskan.

Menurutnya, aset hotel dimaksudkan Asyraf Wajdi sebenarnya tidak dijual tetapi dikendalikan oleh anak syarikat UJSB (kini di bawah Menteri Perikatan Nasional).

“Alhamdulillah langkah pemulihan awal kami tanpa disedari telah menyelamatkan TH daripada bebanan kerugian sektor perhotelan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

“Bagaimana Ketua Pemuda UMNO ini yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) boleh mendakwa saya ‘melelong harta TH’ sedangkan di bawah pentadbiran PH, kami cuba menyelamatkan kewangan TH yang tenat malah ‘nazak’ yang kami warisi daripada BN sebelumnya.

“Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Agama dari Julai 2015 hingga Mei 2018, apakah tindakan yang diambil sedangkan keadaan defisit sudah pun mula membengkak? Sila jelaskan kepada umat Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Orang jual aset2 ketika harga tinggi, bukan semasa harga tengah merundum!

    Eloklah siasat, ramai nak tengok apa LINK Mamat ni dengan LGE! Yang pasti banyak aset2 TH yang berpotensi tinggi telah pun dilelong secara tergesa!

    Siasat, tak rugi apa2 pun!

  2. Mat Sabu menyiasat selama bertahun2 dikementeriannya? Dan berakhir dengan tiada apa2 DELIVERABLE yang significant?

    Sehingga kini ramai yang masih menunggu bila Mat Sabu nak mendakwa mereka2 yang disiasat dimahkamah?

    Siasat, tak rugi apa2 pun!

  3. Potpetpotpet…..tapi yg aku dengar cuma:

    “DAP tuan aku, DAP tuan aku, DAP tuan aku ………”

    “Semua salah Melayu/UMNO, semua salah Melayu/UMNO, semua salah Melayu/UMNO….”

    Dah sama perangai mcm tuan nye, DAP. Tinggal masa nak join Sabu makan bat kut teh sama2 dgn DAP je. Jgn marah, itu Sabu yg cakap dia sanggup buat!

  4. Saya minta kerajaan di bawah pimpinan TSM, siasat habis-habisan Mujahid ini. Jangan lepaskan dia. Kalau ayah Mujahid masih hidup dia akan pasti akan kecewa dengan anaknya itu yang menjadi broker hartanah untuk DAP. Sampai hari ini, saya masih sedih sewaktu mendengar khabar dia jual ladang kelapa sawit sebesar Pulau Pinang kepada orang bukan Islam. Kalau tidak betul tolong betulkan saya. Sungguh memalukan sewaktu Mujahid menjadi menteri, dia telah melibatkan melibatkan Guan Eng dalam urusan Tabung Haji. Kita memang kenalpasti persona Guan Eng yang selalunya ada tipu muslihatnya dan tidak berani menjawab di parlimen dan di mahkamah. Dividen terakhir dari TH adalah terlalu rendah dalam sejarah penubuhan badan tersebut. Saya yakin suatu yang menggemparkan akan keluar hasil dari siasatan yang dilakukan ke atas Mujahid.

  5. Steady Mujahid.. PH buukannnyaa mcm set2 penyamum mcm ameno yg semuanya ditaramnyaa…still respect menteri PH dlm hal menjaga eset negara dr set2 ameno

Comments are closed.