Home Ekonomi Bekalan semakin ketat dorong harga minyak naik

Bekalan semakin ketat dorong harga minyak naik

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak naik lebih tinggi pada hari Isnin kerana bekalan yang lebih ketat daripada pengeluar utama, selain kebimbangan pertambahan kes koronavirus global yang dikhuatiri mengekang pemulihan kenaikan permintaan bahan bakar itu.

Minyak mentah Brent naik AS$0.0 9 sen kepada AS$ 42.28 setong pada 0009 GMT, sementara minyak mentah Amerika Syarikat didagangkan pada AS $ 39.76 setong, naik AS$0.01.

Kedua-dua kontrak meningkat sekitar 9% minggu lalu dan niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh, apabila minyak untuk penghantaran segera lebih mahal daripada harga bidaan.

Petunjuk ini selalunya dikaitkan dengan bekalan yang terhad.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, jumlah pelantar minyak dan gas asli turun ke paras terendah walaupun harga minyak yang lebih tinggi mendorong sebilangan pengeluar memulakan penggerudian semula.

Iraq dan Kazakhstan berjanji untuk mematuhi dengan lebih baik pemotongan pengeluaran minyak semasa OPEC+.

Walau bagaimanapun, kumpulan OPEC +, yang terdiri daripada Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia, masih belum memutuskan untuk melanjutkan pemotongan bekalan sebanyak 9.7 juta tong sehari bagi bulan keempat pada bulan Ogos.

Harga minyak juga telah disokong oleh pemulihan permintaan bahan bakar secara global berikutan kejatuhan pada bulan April-Mei ketika sekatan pergerakan dilaksanakan di seluruh dunia.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan lonjakan rekod dalam kes koronavirus global pada hari Ahad, dengan lonjakan terbesar di Amerika Utara dan Amerika Selatan. – MalaysiaGazette