Home Nasional Peter Anthony kena vertigo, kes terpaksa ditangguh

Peter Anthony kena vertigo, kes terpaksa ditangguh

Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla (tengah) selepas keluar dari mahkamah mengenai sebutan kes Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang terpaksa di tangguhkan berikutan anak guamnya tidak sihat dan menangguhkan sebutan kes pada 10 Julai hadapan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Jenayah KL hari ini terpaksa menangguhkan sebutan kes Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony kepada 11 Julai depan.

Ini kerana, Peter Anthony yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah secara tiba-tiba diserang vertigo’sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital KPJ Kota Kinabalu.

Haniff Katri, peguam yang mewakili Peter turut mengepilkan tiket penerbangan Peter Anthony yang menunjukan waktu penerbangan 4.15 petang semalam dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu hakim, pihaknya mendapat tahu tentang Peter Anthony dimasukkan ke wad akibat vertigo semalam dan meminta tarikh baharu sebutan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub kemudian memutuskan untuk menangguhkan sebutan kes itu kepada tarikh 11 Julai jam 9 pagi.

Peter Anthony

Beliau turut meminta Haniff supaya dengan segera menyertakan sijil sakit serta dokumen perubatan yang relevan kerana gagal hadir pada hari ini.

Terdahulu Haniff memaklumkan pihaknya tidak dapat memberikan apa-apa dokumen seperti sijil cuti sakit kerana doktor tidak mengeluarkannya pada hari minggu.

No more excuses (jangan beri alasan lagi). Kemukakan sijil sakit atau dokumen secepat mungkin kepada mahkamah. Sehingga itu, kita tangguh dan beri tarikh baharu untuk sebutan kes,” tegasnya.

Dalam pada itu, Haniff juga memberitahu mahkamah ada pertuduhan baharu terhadap anak guamnya namun perician itu hanya diketahui ketika tuduhan itu dibacakan kelak.

Semalam, dilaporkan bahawa Peter akan menghadapi tuduhan jenayah baru, kali ini di Kuala Lumpur.

SPRM, dalam jemputan media, mengatakan pihaknya telah mendapat kebenaran dari Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa Peter tetapi tidak mendedahkan perincian mengenai tuduhan kesalahan itu.

Menteri Sabah itu menjadi perhatian sejak beberapa minggu lepas berdepan dengan lima pertuduhan penyelewengan dana bernilai  RM8.75 juta.

Antaranya dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, manakala tiga pertuduhan lain membabitkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun, ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah, Sabah pada 11 Jun lepas beliau mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan sebelum dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin tempatan. –MalaysiaGazette

Naib Presiden Warisan dituduh di Mahkamah KL esok

1 Komen

  1. Taktik lama la apek..belajar dari atuk sapu ke?
    Makamah minta sijil sakit n medical report dr hospital kerajaan..
    Mc swasta boleh dibeli..

Comments are closed.