Home Nasional Lima Senator selesai angkat sumpah

Lima Senator selesai angkat sumpah

Barisan Ahli Dewan Negara baharu, Datuk Bashir Alias (dua kanan), Robert Lau Hui Yew (kanan), Datuk Yakubah Khan (kiri), Rita Sarinah Patrick Insol (dua kiri) dan Susan Chemerai Anding (tengah) bergambar selepas Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Lima senator mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini selepas pelantikan mereka diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Empat daripada mereka merupakan lantikan baharu manakala, seorang lagi adalah lantikan semula bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

Tiga daripada senator yang mengangkat sumpah hari ini adalah dari Sarawak manakala dua lagi dari Sabah.

Mereka yang mengangkat sumpah adalah Datuk Bashir Alias, Rita Sarimah Patrick Insol, Susan Chemerai Anding, Robert Lau Hui Yew dan Datuk Yakubah Khan.

Tempoh jawatan adalah tiga tahun atau sepenggal dan seseorang senator hanya boleh dilantik semula sekali sahaja untuk dua penggal berturut. – MalaysiaGazette