Home Ekonomi Rizab Bank Negara AS$102.8 bilion

Rizab Bank Negara AS$102.8 bilion

Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.8 bilion pada 15 Jun 2020.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Pada 5 Jun lalu, Bank Pusat itu memaklumkan berjumlah  rizab antarabangsanya adalah AS$102.9 bilion setakat  29 Mei 2020.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette