Home Sukan Leno kena rehat setahun

Leno kena rehat setahun

104414507_2692156031006610_8088322498828341572_n-640x452
Bernd Leno (terbaring).

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno dilaporkan bakal diketepikan selama setahun berikutan kecederaan lututnya yang mengerikan itu ketika berdepan Brighton pada saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu.

Insiden berlaku ketika pemain kebangsaan Jerman itu gagal mendarat dengan kemas selepas penyerang Brighton, Neal Maupay memberi cabaran kepadanya ketika menangkap bola di udara.

Menurut laporan Goal, penjaga gol berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan ligamen yang serius pada bahagian lututnya yang akan membuatkannya tidak dapat beraksi dalam tempoh yang panjang.

Spekulasi mula timbul apabila Arsenal dikatakan sedang meneliti untuk mendapatkan bekas penjaga gol utama Manchester City yang kini bersama dengan kelab Burnley iaitu Joe Hart sebagai pengganti sementara kepada Leno. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts