Home Dunia Operasi besar-besaran kerana bau durian

Operasi besar-besaran kerana bau durian

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan pengeluaran durian negara meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019.

JERMAN- Satu bungkusan berbau sangat kuat menyebabkan pihak polis, bomba dan pasukan penyelamat kecemasan terpaksa menjalankan operasi besar-besaran di sebuah pusat penghantaran barang dekat Bavaria pada Sabtu.

Setelah disiasat, bungkusan tersebut mengandungi buah durian dari Thailand.

Menurut Deutsche Post, para pekerja mereka berasa tidak sihat selepas menghidu bau durian tersebut.

Kira-kira 60 orang terpaksa diselamatkan dari bangunan tersebut manakala 12 lagi pekerja  menerima bantuan perubatan akibat loya dan pening dan enam terpaksa dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Bungkusan tersebut kemudiannya dibawa keluar dan dibuka sebelum diserahkan kepada penerimanya yang tinggal di bandar Schweinfurt. – MalaysiaGazette