CHINI – Kempen bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu video yang dikeluarkan semalam tidak mengganggu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu tidak langsung menggugat prestasi calon BN, Mohd Sharim Md Zain yang kencang berkempen pada hari keempat PRK Chini.
“BN akan berterus mendekati rakyat tanpa mengira siapa lawan dalam PRK Chini.
“Apa yang penting adalah kita berusaha untuk menang dengan majoriti lebih,” katanya yang juga Menteri Besar pahang ketika ditemui pada program ziarah sempena PRK DUN Chini di Kampung Salong di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata, kempen yang dilakukan Dr. Mahathir bukan sesuatu yang luar biasa, malah langsung tidak menggugat BN untuk terus mendekati pengundi.
Semalam, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menggesa pengundi di PRK DUN Chini agar menyokong calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.
Menerusi satu satu video yang tular di media sosial, Dr Mahathir mengatakan secara terbuka sokongan kepada anak bekas ADUN Bandar Pekan, Allahyarham Datuk Shamsiah Abdul Hamid itu.
Dr Mahathir berkata, Tengku Zainul amat sesuai menggantikan penyandang asal, Allahyarham Datuk Abu Bakar Harun walaupun bertanding sebagai calon bebas pada PRK berkenaan. – MalaysiaGazette
Takkan nak sokong PN lagi..nak semua perompak berleluasa balik dan rembat semua duit rakyat ke? Kita nak ke sokong PM yg tikam sendiri orang yang tolong dia masa dia susah..kalau bodoh pun agak-agak lah..
merompak anak beranak sampai jd billionaire…tak kan kita nak dgr cakap kaki belit & pembohong tegar kan..nak kena kencing dgn atok lg kaa…jgn jd bodoh laa
Azw kena cermin diribila konen. Nak sokong lerajasn yang rampas kesenangan orang melayu (PH)buat apa. Si tua kutuk tu yang hanya kentangkan anak cucu aje buat apa. Bodoh.
Masa PRK PD, BN tidak bertanding pun kena hemtam dengan PH, kali ini PH tidak bertanding, tiada lah pula BN hendak hemtam PH, ini baru lah Pro. Kita lawan siapa yang tanding sahaja.