Home Akhbar Cina “Bila saya pernah mungkir janji?”

“Bila saya pernah mungkir janji?”

Dr. Mahathir Mohamad

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengingkari janjinya walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang keadaan itu akan berlaku.

Dr. Mahathir berkata, beliau telah menegaskan bahawa hanya akan menjadi Perdana Menteri (PM) selama enam bulan dan sudah merancang untuk berundur dan menyerah kuasa kepada Anwar selepas selesainya persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Kata Dr. Mahathir, beliau juga sudah ada rancangan yang menyeluruh untuk menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kesilapan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dalam enam bulan, saya ada pelbagai jalan penyelesaian. Beliau (Anwar) boleh menerima jawatan selepas enam bulan,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Dalam wawancara itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan PKR tetapi mengekalkan hubungan dengan DAP dan Amanah selepas PKR tidak menyokongnya menjadi PM.

Dr. Mahathir juga menolak tawaran menjadi Menteri Mentor dalam Kabinet jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Ditanya sama ada Anwar tidak mempercayainya, Dr. Mahathir berkata: “Adakah Anwar sudah tidak percaya saya? Kita sama-samalah. Dia melihat saya akan mungkir janji. Saya bertanya bila saya pernah mungkir janji.”

“Saya sudah bersetuju untuk berundur selepas APEC. Saya cuma mahu menjadi PM sehingga November.

“Oleh itu, saya akan berundur selepas enam bulan. Saya sudah tidak mahu menjadi PM, Saya sudah tua. Tahu tak anda, saya sudah sangat tua, sangat sangat tua.

“Malahan saya nyatakan tarikh persaraan yang saya tidak bagi sebelum ini. Tetapi, dia ternyata tidak selesa. Anwar mahu menjadi PM sekarang dan tidak mahu tunggu enam bulan,”  kata Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga ditanya sama ada pendirian yang tidak konsisten termasuk soal PM selama enam bulan dan PM setahun telah menyebabkan Anwar tidak percaya.

“Saya nak satu tahun dan beliau mesti tak setuju. Oleh itu, saya katakan enam bulan,” jawab Dr. Mahathir sambil tersenyum. – MalaysiaGazette

14 Komen

  1. Manifesto bukan kitab suci. Lain kali cakap terus terang je lah senang, ya madey. Cakap je aku nak kencing ke atas kepala kalian semua.

  2. “Jika saya katakan 1 tahun, beliau tentu tidak bersetuju. Oleh itu saya katakan 6 bulan”.. ayat Tun ni sendiri dah menunjukkan ada udang sebalik char koeytiau. Haha.. klu Bang Non pun serik dah nak percaya, kami rakyat lagi la wehhh..

  3. “sy sudah sgt tua”
    klau si tua gila nie sedar dia dah tua,mesti dia dah rehat,dah xde masa dah nk rebut2 kuasa lagi,tp dia dah xsedar apa yg dia ckp dan apa yg dia buat

  4. Banyak jalan penyelesaian jadi boneka D4P lagi? 22 bulan bagi peluang mebtadbira satu hapa pun ngko tak buat, hanya jadi pak hangguk kehendak D4P saja.

  5. Nak kata camna, dah memang perangai atok seorang ni sejak era Tuanku Abdul Rahman lagi suka cari gaduh, pedengki, perangai jijik dan banyak lagi…ini semua berpunca Hati Batu….terus terang cakap, ATOK MADER ni tak boleh jadi PM sekali lagi….kalau dia jadi PM sekali lagi nercaya Malaysia jahanam kerana sikap dendam nya terhadap DSNR dan TSMY akan meletup tanpa menghirau keharmonian Malaysia. Apa yang perlu…TAMATKAN RIWAYAT POLITIK NYA kerana ia amat merbahaya untuk kesejahteraan Malaysia.

  6. Hehehe… Madey madey ko cakap macam ko TUHAN. Ko saja yang tahu itu ini dan mana betul mana salah. Jangan sampai jadi FIRAUN pulak… Lepas nie ngaku Tuhan cam ayah pin tu

  7. Padu TUN.. pada usia sebegini kurniaan Allah SWT nampak begitu luarbiasa ciptaan maha kuasa nih…walupon dimamah usia tp pemikiran melangkaui masa… Salute TUN

  8. Kah kah berbelit mamak tua ni….bukan ko ke yang kata manfesto bukan kitab suci? Mesti laaa ni ko menyesal tak nak dengar nasihat Agong supaya jangan letak jawatan kan…meroyan lah ko sampai lubang kubur..haaa

  9. anwar tak reti ke nak betulkn kesilapan yg di buat oleh najib db mudin, knp mesti pm7 jg,dendam kot? ke bengong sgt nuar tu sampai kna org lain buat jadual utk dia dn dia hanya buat ikut telunjuk jadual tu saja?

  10. KESIAN TUN SUDAH TIDAK FIPERCAYAI ORG LAGI, INI SEMUANYA BERPUNCA DARI TUN SENDIRI, BUKAN PKR SAHAJA TAK PERCAYA TAPI RAMAI YG TAK PERCAYA BAIK DARI PENYOKONG2 UMNO, PENYOKONG PH, YG PERCAYA HJ HADI DAN AZMIN ITU PUN KHIANAT DGN TUN YG CKPNYA LEBIH LEMBUT DARI LIDAH, HAHAHA TUN JUGA KENA TIPU BUKAN TUN SAHAJA MENIPU.

Comments are closed.