Home Politik PRK Chini: Calon BN, bebas bertembung

PRK Chini: Calon BN, bebas bertembung

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain (tengah) beramah mesra bersama calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli (kiri) semasa sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Bandar Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JUN 2020.

CHINI – Memasuki hari kelima kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dilihat bertembung dengan calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.

Kedua-dua mereka dilihat bersama di sebuah gerai makan di Bandar Chini.

Mohd Sharim dan Mohd Shukri ketika itu mengadakan walkabout di kawasan berkenaan untuk permulaan hari kelima kempen PRK Chini.

Mohd Shukri dalam pada itu turut dilihat mempelawa Mohd Sharim untuk bersarapan bersamanya.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain (kiri) bersama calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli (kanan) bertembung sesama sendiri semasa sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Bandar Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JUN 2020.

Ini kali pertama kedua-dua mereka bertembung selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada Sabtu lalu.

Mohd Sharim, Mohd Shukri merupakan dua calon yang merebut kerusi DUN Chini selepas kerusi itu diisytiharkan kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seru Abu Bakar Harun pada Mei lalu.

Seorang lagi calon bebas, adalah Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin yang merupakan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pekan. – MalaysiaGazette